Resepi Biskut Suji Susu Sukatan Cawan Guna 3Bahan

Resepi Biskut Suji Susu Sukatan Cawan Guna Tiga Bahan. Taraaa siap sudah kuih raya yang mudah dan sedap serta menjadi tradisi kami sekeluarga. Kalau tiada biskut suji, tak rayalah jawabnya. Ada juga orang panggil biskut suji sebagai biskut arab, tapi apa-apa sahajalah asalkan sedap dimakan. Jom saya kongsikan resepi biskut suji yang paling mudah dan paling sedap :

Resepi Biskut Suji Sukatan Cawan
Resepi Biskut Suji Susu Sukatan Cawan


Resepi Biskut Suji Sedap Mudah Simple Ringkas Lembut Gebu

Bahan untuk resepi biskut suji susu simple :

  1. Dua cawan Tepung Gandum
  2. Satu cawan gula kastor
  3. Satu tin kecil minyak sapi

Cara Buat Biskut Suji Susu

Cara cara membuat biskut suji susu :

  1. Masukkn semua dalam bekas dan adun guna tangan hingga tidak melekat pada tangan
  2. Gentel bulat bulat, tekan sikit dan susun dalam loyang.
  3. Kalau ada ceri, potong kecil dan letak macam saya buat ( tengok gambar ) kalau tak nak letak pun takpe. Atas selera masing-masing.
Akhir sekali, bakar pada suhu 150 selama setengah jam atau sampai masak mengikut kapasiti oven anda. Dah siap, masukkan ke dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

×