Resepi Biskut Susu Tepung Mudah Sedap Guna 2Bahan. Biskut susu mudah dan paling sedap. Budak-budak bukan main suka sangat biskut susu. Yang sebelum sudah habis sebalang diaorang makan. Alhamdulillah ada sedikit masa, kita sambung buat biskut susu untuk raya yang tak lama lagi kunjung tiba. Sesiapa yang mahu buat, resepi biskut susu mudah ada saya kongsikan dibawah :

Resepi Biskut Susu Tepung Simple
Resepi Biskut Susu


Resepi Biskut Susu Tepung Paling Mudah Paling Sedap

Bahan untuk resepi biskut susu tepung simple :

  1. 500 gram tepung jagung
  2. 500gram susu pekat manis (satu tin tinggi)

Cara Buat Biskut Susu

Cara cara membuat biskut susu :

  1. Gaul sampai jadi doh semua bahan guna tangan pun boleh.
  2. Gentel bulat-bulat, simpan dalam cawan kertas. 


Akhir sekali, bakar pada suhu 180 api atas bawah selama sepuluh minit. Siap