Resepi Butter Cake Moist Sukatan Cawan

Resepi Butter Cake Moist Sukatan Cawan. Lagi tiga hari sebelum ramadhan meninggalkan kita, mungkin sekarang masing masing tengah sibuk buat persiapan menjelang raya. Jadi saya ambil kesempatan ini untuk kongsikan resepi butter cake moist yang mendapat sambutan hangat daripada para pelanggan saya.
Alhamdulillah, sampai hari ini mereka memberi maklum balas yang positif. Resepi butter cake mudah dan sedap ada saya serta dibawah :

Resepi Butter Cake Sukatan Cawan
Resepi Butter Cake Sukatan Cawan


Resepi Butter Cake Moist Gebu Lembut Sedap Simple

Bahan untuk resepi butter cake simple :

  1. 125 gram Butter ( dilembutkan )
  2. Satu sudu tea Esen vanilla
  3. Tiga per empat cawan gula kastor
  4. Tiaga biji telur ( suhu bilik )
  5. Satu cawan tepung gandum
  6. Setengah cawan tepung naik sendiri
  7. Satu per empat sudu tea Soda bikarbonat
  8. Setengah cawan ( 125ml ) Susu fresh cream, suhu bilik
  9.  Loyang 7x7 inchi

Cara Buat Butter Cake

Cara cara membuat butter cake :


  1. Pukul butter sampai kembang (warna pucat )
  2. Masukkan gula dan pukul lagi sampai kembang
  3. Masukkan telur sebiji demi sebijik sampai habis.Pukul lagi sampai kembang.
  4. Masukkan esen vanilla .
  5. Masukkan tepung beselang seli dengan susu..elok mulakan dengan tepung dahulu dan diakhiri dengan tepung juga. Adunan mestilah dipukul dengan kadar sederhana.


Akhir sekali, panaskan oven dahulu pada suhu 180 sebelum baking. Kemudian, bakar kek selama empat puluh hingga lima puluh minit  bergantung kepada oven anda. Nak tahu butter cake dah masak, cucuk pada bahagian tengah, jika tidak melekat maksudnya kek sudah masak.

Sedikit tips untuk anda semua :


  • Gunakan PURE BUTTER bagi dapatkan kek butter yang wangi dan asli. Saya pakai butter jenama SCS..Boleh juga pakai jenama lain seperti Tatura, Anchor , Tatura dan lain-lain.
  • Bagi dapatkan satu cawan tepung naik sendiri . Tambahkan satu setengah sudu teh baking powder bersama satu per empat sudu teh garam ke dalam satu cawan tepung gandum biasa . Kemudian sukat setengah cawan dan masukkan ke dalam adunan.
  • Jangan terlebih bakar bimbang kek butter kering dan tidak moist.

Cara nak buat butter cake mudah je kan. Selamat mencuba semua, semoga butter cake anda menjadi dan suami, anak-anak, mak ayah mertua bertambah sayang.

No comments:

Post a Comment