Resepi Cornflakes Madu Mudah Dan Sedap Rangup Simple

Resepi Cornflakes Madu Mudah Dan Sedap Rangup Simple. Apabila tiba sahaja bulan puasa, mood untuk buat kuih raya pun secara langsung muncul.. Padahal lebih untuk buat makan sendiri, kudapan tengah malam. Saya kongsikan resepi cornflakes madu yang paling mudah dan paling sedap serta rangup :

Resepi Cornflakes Madu Mudah
Resepi Cornflakes Madu

Resepi Cornflake Madu Rangup Mudah Simple Sedap

 Bahan untuk resepi cornflake madu simple :


  1. Satu cawan gula
  2. Sepuluh sudu besar madu (nak tambah lagi pun boleh)
  3. 250 gram butter
  4. Satu kotak besar cornflake
  5. Hiasan ceri dan kismis yang siap dipotong


Cara Buat Cornflakes Madu Rangup

Cara cara membuat cornflakes madu :


  1. Dengan api perlahan, masak butter dan gula.
  2. Kacau dan sebatikan campuran hingga cair, selepas itu tutup api
  3. Masukkan madu dan kacau lagi. 
  4. Apabila adunan agak suam ( jangan hingga keras tau), masukkan cornflakes serta hiasan kismis dan ceri yang telah dipotong tadi
  5. Kacau lagi kasi sekata, kemudian masukkan ke dalam cup atau cawan.

Akhir sekali, bakar dalam oven selama sepuluh hingga lima belas minit. Siap.

> Resepi Cornflake Madu Sukatan Cawan

No comments:

Post a Comment

×