Resepi Kek Oren Sukatan Cawan Gebu Lembut Sedap

Resepi Kek Oren Sukatan Cawan Gebu Lembut Sedap. Semenjak oven rosak,pemanggang ajaib lah menjadi tempat hamba untuk berkarya. Hari ini saya buat kek oren yang mudah dan sedap. Anak dan suami suka sangat. Kepada kawan-kawan yang nak cuba, jom saya kongsikan resepi kek oren pemanggang ajaib yang mudah, sedap, lembut serta gebu :

Resepi Kek Oren Sukatan Cawan Lembut Gebu
Resepi Kek Oren Sukatan Cawan


Resepi Kek Oren Simple Mudah Ringkas Senang

Bahan untuk resepi kek oren mudah :

  1. Satu biji limau (buang urat putih)
  2. Satu sudu sunquick
  3. Setengah cawan minyak
  4. Setengah cawan majerin
  5. Dua cawan gula halus
  6. Tiga biji telur ayam

  • Blender semua bahan diatas

Cara Buat Kek Oren

Cara cara membuat kek oren :

  1. Bila sudah siap blender, masuk kan ke dalam mangkuk bersama dua cawan tepung gandum dan satu sudu kecil serbuk penaik. Gaul rata pakai senduk.


Akhir sekali, panaskan pemanggang ajaib dan bakar guna api paling kecik selama dua puluh minit. Siap. Selamat mencuba semua.

No comments:

Post a Comment