Resepi Kerabu Kuey Teow Sedap Mudah Simple Special. Saya dan famili memang suka sangat makan kuey teow baik goreng ataupun sup. Tapi kali ini saya olah sikit jadi kerabu kuey teow yang sedap terangkat.Ala thai gitu. Sesiapa peminat kerabu dan kuey teow macam saya, boleh cuba resepi kerabu kuey teow yang mudah dan sedap :

Resepi Kerabu Kuey Teow Sedap
Resepi Kerabu Kuey Teow


Resepi Kerabu Kuey Teow Mudah Sedap 

Bahan untuk resepi Resepi Kerabu Kuey Teow  Simple :

Bahan A

  1. Kueh teow sebungkus ( celur dulu tapi jangan sampai lembut sangat sebab nanti kurang sedap )


Bahan B

  1. Isi ayam
  2. Udang
  3. Sotong


  • Rebus sampai masak.Bila dah masak, masukk fish cake yang telah dihiris nipis.Toskan


Bahan C

  1. Tiga biji cili api. ( Kalau suka pedas sila tambah dan sebaliknya )
  2. Hirisan daun sup atau ketumbar
  3. Satu kiub pati ayam maggie
  4. Satu kiub tomyam maggie
  5. Sedikit serbuk perasa
  6. Satu biji kecil limau nipis. ( ambil jus sahaja )


Bahan D

  1. Dua biji telur digoreng hancur


Cara Buat Kerabu Kuey Teow

Cara cara membuat kerabu Kuey Teow :

Masukkan kesemua bahan ABCD dan gaul sampai sebati. Rasa sikit, kalau sudah kena dengan selera boleh terus makan. Selamat mencuba.