Resepi Lepat Liat Kedah Asli Membuat Guna Sukatan Cawan Lemak Manis. Dah siap lepat liat tepung beras utara yang mudah dan sedap. Syukur menjadi dengan jayanya. Puas hati dapat makan bebanyak. Antara kuih muih tradisional kedah yang menjadi salah satu kegemaran saya dan keluarga. Jarang-jarang dapat jumpa di kawasan berhampiran. Jadinya, nak tak nak kena tanya orang resipi dan buat secara homemade. Walaupun dah makan agak tak mengikut diet seharian yang saya terapkan beberapa bulan untuk kuruskan badan namun esok lusa terpaksa buat lagi kerana ada permintaan dari suami. Saya jalan sahaja asalkan dia sediakan semua bahan. Ada yang nak tau tak cara membuat lepat liat versi utara ? Ke tak pernah rasa lagi kuih lepat lemak manis utara ni ? Rugi tau. Kepada kawan-kawan yang nak mencuba buat lepat liat kedah macam saya, saya sertakan sekali resepi lepat liat mudah dan sedap :

Resepi Lepat Liat Sukatan Cawan
Resepi Lepat Liat Utara

Resepi Lepat Liat Sukatan Cawan Mudah Sedap Simple






Bahan untuk resepi lepat liat sedap :

  1. Dua cawan tepung pulut


Untuk dimasak :


  1. Satu cawan gula merah
  2. Tiga per empat cawan santan
  3. Satu per empat cawan air
  4. Jadikan satu cawan
  5. Dua sudu gula
  6. Satu per empat sudu teh garam






Bahan untuk resepi inti lepat liat :

  1. Kelapa parut bersama sedikit garam ( gaul sebati )
  2. Daun pisang
  3. Minyak untuk sapuan


Cara Buat Lepat Liat Utara

Cara membuat kuih lepat liat :

  1. Masak air gula dan tapis.
  2. Masukkan ke dalam bekas tepung dan kacau sampai rata dan sebati
  3. Ambil daun pisang dan sapu guna sedikit minyak 
  4. Letak adunan dalam satu atau dua sudu serta ratakan. 
  5. Sapu minyak sikit pada jari dan tekan adunan.
  6. Letak inti kelapa yang telah digaul bersama sedikit garam tadi..
  7. Balut bagi kemas.


Akhir sekali, ambil adunan lepat liat kukus selama dua puluh minit. Dah siap, rasakan kenikmatannya. Selamat mencuba.