Resepi Maruku India Sedap Rangup Crunchy Mudah Simple. Saya nak kongsi hasil resepi maruku india meletop, lembut dan rangup.  Selama saya buat asyik muruku jadi keras, peroi atau terlalu rapuh sampai dah jemu serta malas nak buat rasanya. Namun, selepas dapat satu petua dari kawan yang pakar dalam buat maruku, subhanallah bila siap memang sedap.Jom saya kongsikan resepi maruku india rangup dan lembut :

Resepi Maruku India Sedap
Resepi Maruku India


Resepi Maruku India Sukatan Cawan Rangup Ringkas

Bahan untuk resepi maruku india 


  1. Satu bungkus tepung muruku
  2. Setengah bungkus tepung pulut
  3. Satu sudu teh jumuju
  4. Setengah cawan majerin atau minyak masak
  5. Satu sudu besar rempah kari
  6. Lima ulas bawang putih
  7. Satu biji telur
  8. Santan untuk mengulinya (santan saya masak dulu, bila dah mendidih matikan api dan sejukkan)
  9. Gula sikit
  10. garam tak perlu kalau guna tepong jenama diatas


Cara Buat Maruku India

Cara cara membuat meruku india :


  1. Uli semua bahan di uli
  2. Bawang putih blend /tumbuk sampai hancur
  3. Masukkan santan sikit demi sikit sampai adunan tidak melekat pada tangan.


Akhir sekali, masukkan dalam acuan dan goreng sampai warna bertukar kekuningan. Toskan dan siap. Selamat mencuba.

> Resepi Candy Kelapa Sukatan Cawan