Resepi Mee Kari Tanpa Santan Mudah Sedap Simple

Resepi Mee Kari Tanpa Santan Mudah Sedap Simple. Selesai makan mi kari tanpa santan yang mudah dan sedap bersama ahli rumah. Semua puji sampai terseyum sendiri saya. Ada yang suka mee kari x ? Kalau ada, ini dia cara buat mee kari dan resepi mee kari sedap dan mudah :

Resepi Mee Kari Sedap
Resepi Mee Kari Tanpa Santan


Resepi Mee Kari Ayam Simple Sedap Mudah Ringkas

Bahan untuk resepi mee kari mudah :


  1. Mee kuning( Celur sekejap )


Resepi Kuah Mee Kari Tanpa Santan

Bahan untuk resepi kuah mee kari sedap :

  1. Lima belas tangkai lada kering (rendam air panas kemudian blender)
  2. Satu biji bawang besar (blender)
  3. Tiga biji bawang  putih (blender)
  4. Satu batang serai (ketuk)
  5. Lima sudu besar serbuk kari daging (saya guna babas hijau)
  6. Dua ketul dada ayam (potong kecil)
  7. Fishcake atau fishball
  8. Satu jug kecil air
  9. Minyak bagi menumis
  10. Garam dan ajinomoto sikit
Cara Masak Mee Kari Tanpa Santan

Cara cara membuat mee kari tanpa santan :


  1. Tumis lada kering hingga naik minyak 
  2. Masukkan serbuk kari serta serai
  3. Tumis lagi hingga garing 
  4. Masukkan ayam serta sedikit air agar tidak hangit
  5. Kemudian, baru masukkan bahan-bahan lain seperti fishball dan sebagainya.
  6. Biarkan sekejap baru masukkan lebihan air dalam jug tadi..
  7. Masukkan garam dan ajinamoto
Akhir sekali, tunggu sampai mendidih sambil kacau secara perlahan-lahan. Siap untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

×