Resepi Putu Kacang Hijau Sukatan Cawan Sedap Mudah Gebu Biskut Raya Tanpa Bakar

Resepi Kuih Putu Kacang Hijau Sukatan Cawan Yang Mudah dan Sedap Gebu Tanpa Oven. Mak sibuk menyiapkan biskut putu kacang hijau di dapur. Walaupun sudah mencapai usia warga emas namun mak tetap rajin buat kuih raya tradisional. Al maklumlah lagi dua minggu kita semua akan bertemu raya. Saya pula seperti biasa, hanya bantu tengok mak buat sampai siap untuk dimakan. Jom saya kongsikan resepi putu kacang hijau sukatan cawan  :

Resepi Putu Kacang Hijau Sukatan Cawan
Resepi Putu Kacang Hijau


Resepi Putu Kacang Sukatan Cawan


Kuih Putu Kacang Hijau Sukatan Cawan
Resepi Kuih Putu Kacang Hijau Sukatan Cawan


Bahan untuk resepi kuih putu kacang hijau sukatan cawan :

  1. Satu kilogram kacang hijau ( buang kulit )
  2. Satu kilogram gula halus (ayak)

Cara Buat Kuih Putu Kacang Hijau


Kuih Putu Kacang Sukatan Cawan
Kuih Putu Kacang Resepi


Cara cara membuat putu kacang hijau :

  1. Goreng kacang hijau tanpa minyak.
  2. Biarkan kacang sejuk.
  3. Basuh bersih dan toskan sampai kering
  4. Kisar halus kacang tadi. Ayak.
  5. Tambahkan gula halus yang sudah diayak.
  6. Gaul sebati.
  7. Biar semalaman. Untuk adunan jadi sebati serta lembab.
  8. Tekan dalam acuan.

Biskut Kacang Hijau Sukatan Cawan
Resepi Biskut Kacang Hijau Sukatan Cawan


Akhir sekali, susun dalam talam dan jemur. Setel. Simpan dalam bekas kedap udara. Cara buat putu kacang hijau mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam.

1 comment:

NURULSHAM DI SINI said...

hm... teringin nak buat. Tok kat sebelah rumah yang selalu buat dah uzur. Selalunya kami beli dari dia.

Post a Comment

×