Resepi Sirap Bandung Soda Sedap Mudah Simple Kaw

Resepi Air Sirap Bandung Soda Sedap Mudah Simple Kaw. Sirap bandung yang paling sedap sudah siap untuk kami sekeluarga berbuka puasa. Hari yang panas di sulami dengan air sirap bandung soda yang sedap memang terbaik untuk membasahkan anak tengkuk yang kering. Saya kongsikan resepi air sirap bandung kaw yang telah menjadi warisan kami sekeluarga : 

Resepi Sirap Bandung Soda Sedap
Resepi Sirap Bandung Soda

Resepi Air Sirap Bandung Soda Kaw Lemak Ketagih

Bahan untuk air sirap bandung soda kaw :
  1. Ais kiub
  2. Setengah cawan sirap
  3. Satu botol ais krim soda
  4. Garam sikit
  5. Satu sudu teh esen vanilla
  6. Satu tin susu cair

Cara Buat Air Sirap Bandung Soda

Cara cara membuat sirap bandung soda :

  1. Masukkan ais kiub atau air batu
  2. Tuang setengah cawan sirap ( jika suka manis, boleh lebihkan sirap )
  3. Masukkan satu botol ais krim soda
  4. Masukkan Satu sudu teh esen vanilla
  5. Masukkan garam sikit
  6. Masukkan satu tin susu cair

Akhir sekali, kacau dengan laju sampai sebati untuk elak susu jadi tairu. Sekarang, siap sirap bandung paling sedap di dunia.

No comments:

Post a Comment

×