Cara Buat Telur Masin Guna Telur Ayam. Projek telur masin homemade guna telur ayam. Selepas hampir sepuluh hari diasinkan, sekarang telur masin ayam saya sudah boleh rebus. Rasa telur masin ayam tidak masin sangat, sangat kena dengan selera kampung saya. Paling penting, resepi telur masin mudah dan jimat dari beli telur masin di pasaran.

Cara Buat Telur Masin Pakai Telur Ayam
Cara Buat Telur Masin Telur Ayam


Cara Buat Telur Masin Ayam Mudah Sedap Simple

  1. Didihkan air. Masukkan garam kasar sampai larut dalam air (sukatannya, satu cawan garam untuk tiga cawan air). Kemudian, sejukkan.
  2. Basuh bersih telur ayam.
  3. Masukkan telur ke dalam bekas atau balang, kemudian tuang air garam yang dah sejuk tadi. Pastikan semua telur betul-betul tenggelam. 
  4. Peram dalam tempoh masa 10-14 hari baru rebus. 


Kalau suka masin, rendam lagi lama. Saya rendam sepuluh hari sahaja, dah rasa lemak-lemak masin tu. Selamat mencuba semua. Kongsikannya kepada yang lain jika bermanfaat. Tak payah minta izin. Salam.