Resepi Daging Masak Hitam Utara Asli Original Tradisional. Daging Masak Hitam yang sedap buat makan dengan ketupat palas. Nak makan bersama lemang atau pulut kuning atau nasi putih atau nasi minyak pun boleh, memang tidak rugi buat kerana gerenti licin habis satu periuk. Yang nak resepi daging masak hitam sedap dan mudah boleh ambil dibawah :

Resepi Daging Masak Hitam Utara Sedap
Resepi Daging Masak Hitam Utara


Resepi Daging Masak Hitam Utara Original Asli Tradisional


 Bahan untuk resepi daging masak hitam simple :

  1. Satu kilogram daging ( potong saiz rendang basuh guna tepung gandum )
  2. Minyak masak sikit untuk tumis


Bahan kisar :

  1. Lima hingga sepuluh batang batang serai ( ikut suka )
  2. Lima belas tangkai cili kering  ( kalau suka pedas sila tambah dan sebaliknya )
  3. Empat hingga lima inchi halia ( dalam sejengkal gitu )
  4. Lima hingga enam biji bawang besar atau bawang besar kuning
  5. Lima biji buah keras untuk rasa lemak
  6. Satu labu bawang putih


Bahan perasa :

  1. Setengah botol kecil kicap pekat Jalen warna merah atau kicap kipas udang merah
  2. Dua sudu besar gula pasir
  3. Lima sudu besar gula merah atau gula melaka  ( masak bersama air sikit, kemudian tapis dan masukkan dalam daging )
  4. Tiga sudu besar air asam jawa
  5. Garam secukup rasa
  6. Bawang besar  ( mayang untuk hiasan )


Cara Buat Daging Masak Hitam

Cara cara masak daging masak hitam :

Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar serta daging yang telah siap dipotong. Biarkan masak sampai daging lembut dan pecah minyak. Tutup periuk dan masak guna api sederhana. Kacau sesekali sampai daging lembut atau empuk( tips nak daging cepat empuk masukkan garfu dalam bahan masak tersebut) 

Akhir sekali masukkan air asam jawa dan gula , air gula merah serta garam, seimbangkan rasa. Masak sampai kuah menjadi agak pekat bersalut. Kalau suka, masukkan juga bawang besar yang telah hiris tadi untuk hiasan. Dah siap, tutup api dapur dan hidangkan untuk santapan keluarga.