Resepi Donut Pandan Sukatan Cawan Gebu Lembut Tanpa Uli. Apa khabar semua, moga dalam keadaan baik dan sejahtera. Lama rasanya saya tidak kemaskini blog, jadi hari ini saya ingin kongsikan resepi donut pandan yang gebu dan mudah serta tanpa uli kepada semua kawan-kawan.

Donut Pandan Gebu
 Donut Pandan Gebu



Resepi Donut Pandan Lembut Sedap Mudah Sukatan Cawan


Bahan A:

  1. Satu paket yis kering
  2. Dua sudu susu pekat manis
  3. Dua sudu gula pasir
  4. Satu cawan air suam/+air pandan


  • Campurkan bahan ini dan biarkan sampai kembang


Bahan B

  1. Empat cawan tepung gandum
  2. Dua sudu besar marjerin atau butter
  3. Dua sudu teh baking powder
  4. Satu sudu teh garam


Cara Buat Donut Pandan

Cara cara membuat donut pandan :

  1. Ramaskan bahan B sampai jadi seperti serbuk roti
  2. Selepas itu, campurkan bahan A tadi serta gaul kasi rata
  3. Masukan dalam bekas dan tutup. Biarkan selama satu jam
  4. Adunan memang lembik,tidak perlu tambah tepung
  5. Selepas satu jam sila tumbuk doh bagi keluarkan angin
  6. Then, canai serta terap pakai cetak donut
  7. Biarkan selama lebih kurang lima belas minit

Akhir sekali, goreng, tos dan taburkan gula. Siap. Selamat mencuba.

> Resepi Donut Montel Gebu Lembut Sampai Esok