Resepi Bingka Pandan Bakar Sedap Sukatan Cawan Guna Blender. Projek petang tadi bersama anak-anak buat bingka pandan yang paling mudah dan paling sedap pada abad ini. Mana tak mudahnya saya pakai resepi bingka pandan guna blender sahaja. Kepada yang teringin nak makan bingka pandan aka kuih bakar tradisional boleh ambil resepi bingka pandan bakar sukatan cawan dibawah : 

Resepi Bingka Pandan Bakar Sedap
Bingka Pandan Bakar Sedap


Resepi Bingka Pandan Bakar Guna Blender Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi bingka pandan simple :

  1. Dua cawan tepung gandum
  2. Tiga cawan santan
  3. Satu cawan air daun pandan
  4. Satu cawan gula
  5. Dua sudu besar majerin
  6. Secubit garam
  7. Dua biji telur


Cara Buat Kuih Bingka Pandan

Cara cara membuat kuih bingka pandan :

Blend semua bahan diatas. Kemudian bakar atas api kecil selama 45 minit. Cara nak buat kuih bingka pandan mudah je kan, selamat mencuba ya.