Resepi Apam Dewa Gebu Lembut Sedap Sukatan Cawan. Apam siam, ambon, apam indon, kek bahulu, apam dewa macam macam nama dia. Kawan panggil apa ? Saya panggil apam dewa sebab sifu kuih apam dewa saya orang terengganu. Dia cakap orang terengganu panggil apam dewa.  Saya buat untuk minum petang bersama anak-anak terchenta. Senang je nak buat, guna tiga bahan sahaja. Kot kot lah tetiba ada tetamu datang rumah, boleh cuba hidangkan apam dewa mudah dan sedap ni.

Resepi Apam Dewa Lembut
Resepi Apam Dewa Gebu


Resepi Apam Dewa Sukatan Cawan Gebu Simple Ringkas

Bahan untuk resepi apam dewa terengganu :

  1. Satu cawan tepung gandum
  2. Satu cawan gula pasir
  3. Satu cawan telur ( 4 hingga 5 biji telur ayam, pecahkan dalam cawan bagi penuh )

Cara Buat Apam Dewa

Cara cara membuat apam dewa :

  1. Mixer atau blender telur dan gula hingga betul-betul kembang.
  2. Keluarkan dan masukkan dalam bekas
  3. Masukkan tepung gandum serta kacau manja hingga sebati


Akhir sekali, sapu loyang (saya guna size 6inci) dengan minyak. Tuang adunan ke dalam loyang.
(jika nak cantik letak lah pewarna dan buat corak pada permukaan atas apam dewa pakai lidi).Kukus selama setengah jam atau sampai masak. Setel.