Resepi Bawang Goreng Rangup Dan Sedap Tahan Lama

Resepi Bawang Goreng Rangup Dan Sedap Tahan Lama. Salam semua, kelmarin saya ada buat bawang goreng rangup, crispy, lebih wangi dari yang beli di kedai serta lebih tahan lama berbanding goreng begitu sahaja. Memang tak renyah langsung cara nak buat bawang goreng dan yang lebih penting adalah sangat jimat kos kerana beli bawang RM1.80 dapat satu balang.  Hah, sekarang bayangkan betapa jimatnya apabila kita pandai buat sendiri di zaman yang penuh pancaroba ini. Jom saya kongsikan resep bawang goreng renyah garing :

Resepi Bawang Goreng Sedap
Resepi Bawang Goreng Rangup



Resepi Bawang Goreng Sedap Wangi Tahan Lama

Bahan untuk resepi bawang goreng mudah :

  1. Bawang Kecil
  2. Tepung Beras
  3. Minyak Masak

Cara Buat Bawang Goreng Rangup

Cara cara membuat bawang goreng tahan lama :

Resepi Bawang Goreng Rangup Dan Sedap
Cara Membuat Bawang Goreng Rangup


  1. Racik halus bawang kecil
  2. Masukkan tepung beras
  3. Gaulkan bagi rata
  4. Goreng dah tos kan minyak guna kitchen tisue

Akhir sekali, masukkan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk bahagian chiller. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

×