Resepi Cheesekut Mudah Dan Sedap Guna 3 Bahan

Resepi Cheesekut Mudah Dan Sedap Guna 3 Bahan. Alang alang ada masa terluang, kita buat cheesekut yang paling mudah dan paling sedap untuk anak-anak makan petang nanti. Sesiapa yang tahu cara buat cheesekut mudah ada saya tulis dekat bawah :

Resepi Cheesekut Simple Dan Sedap
Resepi Cheesekut Mudah Dan Sedap


Resepi Cheesekut Simple Dan Sedap Tiga Bahan

Bahan untuk resepi cheesekut simple :
  1. Biskut Cheese atau Biskut Gandum (lain lain biskut pun boleh)
  2. 250 gram Tatura cream cheese
  3. Setengah tin susu pekat


Cara Buat Cheesekut Simple

Cara cara membuat cheesekut mudah :

  1. Mixer tatura cream cheese dan setengah tin susu pekat hingga kembang serta tidak berketul. 
  2. Susun biskut dahulu untuk lapisan bawah ke dalam bekas yang bersesuaian. 
  3. Setelah biskut disusun, mula melapis guna bahan yang telah siap dimixer tadi (angaran dalam dua hingga tiga sudu, ikut bekas). 
  4. Ulang langkah di atas sampai biskut dan cheese habis. 


Untuk cheesekut nampak lebih leleh, menarik dan menggoda, lapisan atas boleh lah di hias pakai Cheddar cheese atau ricecolour atau lebihan biskut yang telah di hancur. Akhir sekali, sejukkan dalam freezer selama dua jam sebelum ngap. Cara nak buat cheesekut mudah je kan, selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

×