Resepi Pau Goreng Kacang Merah Gebu Lembut Mudah. Sarapan pagi kami sekeluarga, kuih pau goreng inti kacang merah dan pau sambal inti sardin gebu, lembut dan sedap.Kawan-kawan apa ? Sesiapa yang nak cuba saya kongsikan resepi pau goreng inti kacang merah sukatan cawan  dibawah :

Resepi Pau Sambal Sardin
Resepi Pau Goreng Kacang Merah


Resepi Pau Goreng Kacang Merah Mudah Sedap Simple :

Bahan untuk resepi pau kacang merah simple :

  1. Satu kilogram tepung gandum
  2. Satu paket yis mauripan (bancuh bersama satu cawan air suam )
  3. Empat sudu marjerin
  4. Satu sudu besar soda bikarbonat dan satu sudu kecil garam (bancuh  bersama satu cawan air)
  5. Satu cawan gula 
  6. Air secukupnya untuk menguli (sampai adunan tidak melekat pada tangan)
  7. Inti kacang merah ( saya beli dekat kedai )

.
Cara Buat Pau Goreng Kacang Merah

Cara cara membuat pau kacang goreng kacang merah :

  1. Campur semua bahan ke dalam bekas dan uli sampai adunan tidak melekat pada tangan. ( air masukkan sedikit demi sedikit.
  2. Dah siap ulu, biarkan doh seketika sampai naik dua kali ganda.
  3. Dah naik dua kali ganda, uli kembali untuk keluarkan angin.
  4. Buat bulat-bulat ikut saiz yang kita nak tapi jangan besar sangat sebab goreng nanti dia akan kembang.
  5. Masukkan inti kacang merah ke dalam doh

Akhir sekali, panaskan minyak dan goreng sampai warna bertukar keperang- perangan. Roti akan tenggelam, mengembang dan timbul semula. Balik-balikkan untuk pau goreng masak dengan sekata. Siap. Kepada yang sedang nak cari resepi pau sambal, boleh guna resepi pau goreng untuk buat pau sambal kerana kita hanya perlu tukarkan inti kacang merah kepada sambal. Selamat mencuba.