Resepi Rojak Kateh Terengganu Asli Original Tradisional. Rojak kateh merupakan sejenis makanan yang berasal dari negeri Terengganu Darul Iman. Bahan utama terdiri urat kaki lembu yang di rebus lembut bersama kuah cuka berlada. Kepada yang belum berkesempatan untuk merasanya, boleh ambil resepi rojak kateh kuala terengganu yang mudah dan sedap dibawah :

Rojak Kateh Kuala Terengganu
Resepi Rojak Kateh Terengganu


Resepi Rojak Kateh Terengganu Original Asli Tradisional

Bahan untuk resepi rojak kateh sedap :
  1. Tunjang atau urat kaki lembu
  2. Cili Kering
  3. Gula
  4. Garam
  5. Cuka Masak
  6. Gula Merah Atau Nissan

Cara Buat Rojak Kateh Terengganu

Cara cara membuat rojak kateh terengganu :

  1. Rebus tunjang atau urat kaki lembu hingga lembut. Asingkan seketika.
  2. Dalam bekas lain buat kita kuah lada, masukkan cili kering , gula , garam, cuka masak  serta gula merah.Masak sekejap sahaja.  
  3. Kemudian, masukan tunjang atau urat kaki lembu dan  kacau selama dua hingga tiga minit.

Sekarang dah boleh angkat untuk santapan. Rasakan kenikmatannya. Cara nak buat rojak kateh mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam.