Resepi Sos Pencicah Keropok Lekor Terengganu Asli Original Tradisional.  Kuala Terengganu memang terkenal dengan makanan tradisional iaitu keropok lekor yang sedap. Kalau singgah Terengganu tak pekena keropok lekor memang tak sah, paling kurang pun saya akan bungkus bawa balik. Sempena ada masa terluang jom saya kongsikan resepi pencicah keropok lekor terengganu yang saya dapat dari seorang kawan yang menetap di Terengganu.

Resepi Sos Pencicah Keropok Lekor Terengganu

Resepi Sos Pencicah Keropok Lekor Terengganu Original Tradisional Asli

Bahan untuk resepi sos pencicah keropok lekor terengganu sedap:

  1. Dua genggam cili kering
  2. Satu labu besar bawang putih
  3. Garam
  4. Gula
  5. Dua keping nissan atau gula melaka. ( kalau yang kecil pakai tiga keping )
  6. Satu sudu asam jawa (Saya guna pes asam jawa adabi)
  7. Separuh botol kecil cuka

Cara Buat Sos Keropok Lekor Terengganu

Cara cara membuat sos pencicah keropok lekor Terengganu :

  1. Kisar cili kering dan bawang putih.
  2. Masukkan kesemua bahan dalam periuk sampai mendidih.
  3. Rasa sikit untuk seimbangkan rasa kena dengan selera. Kalau dah ada rasa masam sikit, manis sikit kira okey dah tu.
  4. Tutup api dan biarkan sejuk 

Dah sejuk, boleh isi sos pencicah keropok lekor dalam botol. Jika nak sos pencicah keropok lekor tahan lama simpan dalam peti sejuk. Cara nak buat sos keropok lekor terengganu mudah je kan, selamat mencuba.

> Resepi Rojak Kateh Terengganu Asli Original Tradisional