Tempat Praktikal Di Kuala Lumpur Perbadanan Nasional Berhad. Syarikat Perbadanan Nasional Berhad sentiasa membuka peluang kepada mana-mana pelajar yang berminat dan memerlukan tempat praktikal untuk menjalani latian industri atau praktikal di PNS Perbadanan Nasional Berhad. Perbadanan Nasional Berhad akan menempatkan pelajar di bahagian atau jabatan yang berkaitan serta bersesuain mengikut kursus pengajian pelajar yang terpilih ( mengikut kepada kekosongan) .

Perbadanan Nasional Berhad
Perbadanan Nasional Berhad


Syarat Mohon Internship Perbadanan Nasional Berhad

  1. Terdiri daripada warganegara Malaysia
  2. Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di institut pengajian tinggi awam atau swasta dalam dan luar negara
  3. Mempunyai tahap kesihatan yang baik
  4. Tempoh latihan praktikal adalah berdasarkan tarikh yang ditetapkan oleh pusat  pengajian para pelajar.
  5. Permohonan latihan industri di Perbadanan Nasional Berhad hendaklah dihantar sekurang-kurangnya satu (1) bulan sebelum latihan praktikal bermula.
  6. Kemudahan kediaman dan pengangkutan adalah tidak disediakan


Cara  Mohon Praktikal Di Perbadanan Nasional Berhad

Dokumen-dokumen yang diperlukan semasa menghantar permohonan bagi menjalani latihan industri di PNS seperti berikut :

  1. Dokumen Pengenalan Diri atau Resume atau CV
  2. Mini Transkrip
  3. Surat Iringan daripada IPTA / IPTS
  4. Borang Maklum balas daripada IPTA/IPTS

Semua permohonan praktikal di PNS hendaklah di hantar ke :

Alamat Perbadanan Nasional Berhad

Perbadanan Nasional Berhad,
Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran,
Level 13A, Menara PNS, Tower 7, Avenue 7, Bangsar South City,
No.8, Jalan Kerinchi,
59200 Kuala LumpurNo.Tel : 03-20827788
No.Faks : 03-20827787

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi pegawai yang bertugas pada nombor telefon Perbadanan Nasional Berhad yang tertera. Sekian, harap maklum.