Cara Tanam Daun Kesum Dalam Pasu Di Rumah . Pokok kesum sangat mudah untuk hidup, lebih lebih lagi kalau di kawasan paya berair. Namun jika daun kesum tanam dalam pasu sangatlah jarang nak jumpa pokok kesum hidup dengan baik. Oleh kerana saya sudah pernah merasa betapa sukarnya nak tanam kesum pasu maka saya ingin kongsikan panduan tanam pokok kesum dalam pasu kepada semua. Insyaallah menjadi dan senang hidup.

Cara Tanam Pokok Kesum Dalam Baldi
Cara Tanam Pokok Kesum Dalam Pasu

Cara Tanam Pokok Kesum Dalam Baldi


Cara Menanam Kesum Dalam Pasu
Cara Tanam Kesum Dalam Pasu


Bahan untuk cara tanam kesum dalam baldi :

  1. Keratan pucuk kesum
  2. Pasu
  3. Baldi
  4. Air
  5. Tanah Lembab

Cara Menanam Kesum Dalam Air
Cara Tanam Kesum Dalam Air


Cara Tanam Kesum Dalam Pasu


Cara Menanam Daun Kesum Dalam Pasu
Cara Tanam Daun Kesum Dalam Pasu


Cara menanam pokok kesum dalam pasu :

  1. Buang daun pada keratan pucuk kesum, hanya tinggal tiga atau empat helai sahaja pada bahagian atas
  2. Masukkan tanah lembab dalam pasu
  3. Masukkan air dalam baldi
  4. Masukkan pasu yang berisi tanah ke dalam baldi yang berisi air tadi.
  5. Cucuk guna jari tanah pada permukaan tanah untuk membuat lubang.
  6. Tanam atau cucuk keratan pokok kesum yang telah siap dibuang daun ke dalam lubang yang kita buat tadi.  
  7. Dah siap, letak pasu semaian pokok kesum pada kawasan redup namun mendapat cahaya agar tidak layu dan mendapat cahaya yang diperlukan. ( kira kira seminggu )
  8. Apabila pokok kesum mula hidup, alihkan ke kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari.

Cara Menanam Pokok Daun Kesum Dalam Pasu
Cara Menanam Pokok Kesum Dalam Pasu


Untuk mendapat hasil pokok kesum yang subur macam yang saya punya dekat atas, bubuh baja AB. Tak mahal mana pun baja AB, saya beli dekat pasar tani. Secara online pun ramai yang jual baja AB. Cara nak tanam pokok kesum dalam pasu mudah je kan, selamat mencuba semua.