Resepi Apam Tepung Beras Sukatan Cawan. Kelmarin teringin nak makan apam tepung beras. Mungkin lama tak makan kot. Ada sesiapa yang suka tak dengan apam tepung beras yang lembut gebu dan sedap ini ? Ke belum pernah rasa. Kalau belum, jom saya kongsikan resepi apam tepung beras simple dan sedap :
![]() |
| Apam Tepung Beras Sukatan Cawan |
Resepi Apam Tepung Beras Mudah Sedap Sukatan Cawan
Bahan untuk resepi apam tepung beras mekar :
- Tiga cawan tepung beras (saya guna cap teratai)
- Satu setengah cawan air
- Setengah cawan gula pasir
- Satu cawan tapai nasi ( ambil nasi yang dah sejuk, tabur ragi dan perap hingga jadi tapai )
- Dua paket eno perisa asli
Cara Buat Apam Tepung Beras
Cara cara membuat apam tepung beras :
- Kisar semua bahan kecuali eno.
- Masukkan adunan ke dalam bekas bertutup dan biarkan semalaman.
- Tidak perlu masuk dalam fridge peti ais, simpan dekat.luar atau pada suhu bilik sahaja
- Dah perap semalaman, baru masukkan eno dan kacau sampai rata dan sebati.
- Tuang adunan ke dalam acuan.
Akhir sekali, panaskan alat pengukus dan kukus selama lima belas minit atau sampai kuih apam tepung beras masak. Siap.
Sedikit nota ringkas apam tepung beras,tapai nasi kena buat dulu sebab ianya mengambil masa lebih kurang 12 jam untuk menjadi tapai dan peranan tapai nasi sangat penting dalam proses membuat apam tepung beras kerana jika nasi tapai tidak menjadi atau rasa masam,nanti apam tak akan jadi elok. Selamat mencuba.


0 Comments