Resepi Butter Chicken Mudah Sedap Simple Ringkas Berkuah. Hari ini saya masak lauk paling sedap dan kegemaran kami sekeluarga iaitu Butter Chicken. Dibawah saya sertakan sekali resepi ayam butter chicken kepada sesiapa yang ingin tahu cara nak masak ayam butter chicken simple :

Resepi Butter Chicken Mudah
Resepi Butter Chicken

Resepi Ayam Butter Chicken Berkuah

Bahan untuk resepi butter chicken ala thai : 

  1. Ayam (potong)
  2. Tepung goreng ayam ( Saya guna jenama bestari original, nak guna yang lain pun takpe )
  3. Butter atau planta
  4. Bawang putih
  5. Cili padi
  6. Susu cair
  7. Daun kari
  8. Gula garam
  9. Sedikit kiub ayam
  10. Tepung jagung


Cara Masak Butter Chicken

Cara cara membuat butter chicken basah :

  1. Perap ayam dengan tepung goreng ayam selama lima belas minit hingga setengah jam. Kemudian, salut sekali lagi ayam yang diperap tadi dengan tepung tu. Baru goreng. Ketepikan, seketika.
  2. Dlalam kuali lain, panaskan butter untuk tumis bawang putih dan daun kari.
  3. Masukkan susu cair.
  4. Dah mendidih masukkan cili api serta kiub ayam ( saya guna suku je kiub ayam).
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Step akhir sekali, masukkan bancuhan tepung jagung

Sekarang dah boleh siram kuah ayam butter atas butter atau boleh coating terus dalam kuali. Selamat mencuba.