Kuih Ketayap Resepi Mudah Dan Sedap Sukatan Cawan. Sarapan kami sekeluarga pagi tadi, kuih ketayap tradisional yang lembut dan manis manis lemak kelapa gitu bila masuk dalam mulut. Ada sesiapa tak macam saya yang suka makan kuih ketayap ? Saya paling suka kuih ketayap inti kelapa. Sedap sangat, selalu tak cukup kalau makan sikit-sikit. Resepi kuih ketayap simple je, saya guna resepi kuih ketayap sukatan cawan :
Kuih Ketayap Recipe |
Resepi Kuih Ketayap Sedap Dan Mudah Sukatan Cawan
Bahan untuk resepi kuih ketayap lembut dan sedap :
- Dua cawan tepung gandum
- Dua cawan air
- Satu cawan santan cair
- Satu biji telur ( buang pusat )
- Secubit garam
- Enam hingga lapan helai daun pandan
Resepi Inti Kuih Ketayap
> Resepi Inti Kelapa Kuih Ketayap
> Resepi Inti Kastard Kuih Ketayap
> Resepi Inti Sekaya Pandan Kuih Ketayap
Cara Buat Kuih Ketayap
Cara cara membuat kuih ketayap :
- Kisar atau blender daun pandan bersama air
- Dah siap, tapis untuk kita ambil airnya sahaja
- Masukkan bahan-bahan yang lain ke dalam air tadi dan kacau sampai sebati
- Jika adunan kuih ketayap berketul, tapis.
Akhir sekali, ambil kuali dan sapu nipis minyak atas kuali. Tuang satu senduk adunan kuih ketayap dan lenggang. Ulang sampai habis.Dah siap letak inti dan gulung. Sebelum terlupa, mesti sapu minyak setiap kali kita nak lenggang tau. Selamat mencuba.
> Resepi Kuih Ketayap Tanpa Santan Tanpa Telur
0 Comments