Resepi Pulut Kuning Tanak Guna Rice Cooker. Khas untuk hari lahir encik suami kita, dia cakap tak nak kek, nak makan pulut kuning bersama rendang daging atau sambal petai ikan bilis. Sejak mak mertua ajar cara masak pulut kuning guna rice cooker, kalau ada event apa-apa mesti saya masak pulut kuning yang sedap, lembut dan berlemak ini. Tambah pula pekena dengan rendang. Moh saya kongsikan resepi pulut kuning sukatan cawan tanak guna rice cooker yang mudah dan sedap :
Resepi Pulut Kuning Tanak Dalam Rice Cooker
Bahan untuk resepi pulut kuning tanpa kukus :
- Dua cawan beras pulut
- Satu cawan santan pekat dicampur dengan satu cawan air panas
- Satu helai daun pandan
- Satu sudu kecil garam
- Satu sudu besar minyak masak
- Sedikit serbuk kunyit
- Pewarna kuning
Cara Buat Pulut Kuning Mudah
Cara buat pulut kuning simple :
- Basuh beras pulut sampai bersih.
- Masukkan semua bahan- bahan ke dalam rice cooker
- Selepas mendidih, gaul pulut agar tidak berkerak
- Kemudian biarkan sampai masak
> Resepi Rendang Ayam Negeri Sembilan Original Asli Tradisional


0 Comments