Resepi Puteri Ayu Cheese Sukatan Cawan. Sarapan kami sekeluarga tadi, kuih putri ayu cheese yang lembut, gebu dan sedap. Resepi puteri ayu cheese mudah je, saya guna resepi puteri ayu cheese simple sukatan cawan. Sesiapa yang nak cuba buat, boleh ambil resepi puteri ayu sukatan cawn dibawah :

Resepi Putri Ayu Cheese Sukatan Cawan
Resepi Puteri Ayu Cheese Sukatan Cawan

Resepi Puteri Ayu Cheese Mudah Sedap Lembut Gebu

Bahan untuk resepi kuih puteri ayu cheese :

  1. Dua biji telur
  2. Dua cawan tepung gandum
  3. Satu cawan gula castor
  4. Satu cawan susu cair
  5. Satu sudu kecil ovellete
  6. Pewarna


Bahan untuk cheese :

  1. 250 cream cheese
  2. 25 ml air
  3. Dua sudu besar gula castor
  4. Satu sudu besar susu cair
  5. Satu setengah sudu tepung gandum
  6. Satu biji telur
  7. Satu sudu teh esen vanilla


Cara Buat Puteri Ayu Cheese

Cara cara membuat kuih puteri ayu cheese :
  1. Pukul telur dan gula sampai kembang, 
  2. Masukkan ovellete dan pukul lagi
  3. Kemudian, masukkan tepung dan susu cair,pukul lg hingga sebati 
  4. Dah siap, bahagi kepada beberapa adunan untuk titik pewarna.

Untuk cheese pula, pukul semua bahan sampai.. Kukus cheese dulu dalam dua hingga tiga minit guna api sederhana (sebelum tu jangan lupa oleskan minyak pada acuan ya). Kemudian tambah adunan dalam acuan dan kukus lagi selama 10 minit. Siap. Cara nak buat kuih puteri ayu cheese mudah je kan, selamat mencuba.