Resepi Apam Jagung Kukus Sukatan Cawan Lembut Gebu. Intai dalam peti ais nampak ada krimer jagung. Jadi dengan masa terluang yang tak elok di sia-siakan begitu sahaja, maka terhasillah apam krimer jagung kukus gebu, lembut, lemak manis dan sedap. Resepi apam krimer jagung kukus sukatan cawan ada saya kongsikan dekat bawah :
![]() |
| Apam Jagung Sukatan Cawan |
Resepi Apam Jagung Sukatan Cawan Mudah Sedap Simple :
Bahan untuk resepi apam jagung sedap :
Bahan A :
- Dua sudu kecil gula
- Satu paket kecil mauripan
- Setengah cawan air suam
- Campurkan semua bahan dan biar dalam sepuluh minit
Bahan B :
- Satu cawan jagung krimer
- Satu, satu per tiga cawan gula
- Satu kotak kecil santan
- Dua biji telur ayam
- Blend semua bahan B sampai kembang
Bahan C
- Tiga cawan tepung gandum
- Dua sudu kecil baking powder
- Ayak semua bahan C
Cara Buat Apam Jagung Kukus
Cara membuat apam jagung sukatan cawan :
- Campurkan bahan blend dengan bahan ayak
- Kacau sampai sebati.
- Masukkan bahan A
- Kacau lagi bagi sebati.
- Perap selama tiga jam.
Step akhir, masukkan dalam acuan dan kukus selama lima belas minit guna api besar. Siap. Sebelum tu, jangan lupa pastikan air dalam pengukus dah menggelegak baru kukus tau. Cara buat apam krimer jagung kukus mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam.


0 Comments