Resepi Bingka Ubi Kayu Gula Merah Sukatan Cawan Mudah Sedap Simple. Bingka ubi kayu tradisional yang paling sedap dan paling mudah. Tak sampai lima belas minit semua habis licin di makan oleh ahli rumah saya. Sesiapa yang nak try, boleh ambil resepi bengkang ubi kayu sedap dan mudah :
Resepi Bingka Ubi Kayu |
Resepi Bingka Ubi Kayu Gula Merah Sukatan Cawan
Bahan untuk resepi bengkang ubi kayu gula merah :
- Enam ratus gram ubi kayu ( parut, siap parut terus saya timbang )
- Satu kotak santan (200 ml) + sedikit air menjadi satu cawan
- Satu cawan gula merah atau gula melaka ( Cairkan bersama setengah cawan air. Kemudian tapis )
- Tiga puluh gram mentega ( cairkan )
- Satu biji telur ayam ( pukul ringan )
- Garam secubit
Cara Buat Bingka Ubi Kayu
Cara buat bengkang ubi kayu :
- Masukkan ubi kayu yang telah di parut kedalam bekas
- Tuang air gula merah, telur, garam serta mentega
- Kacau sampai rata dan sebati.
- Griskan loyang guna mentega
- Tuang adunan bengkang ubi kayu gula merah.
Step akhir, panaskan oven dulu dalam sepuluh minit pada suhu 180. Selepas itu bakar kuih bingka ubi kayu gula merah selama satu jam atau sampai masak bergantung kepada oven masing-masing. Dah siap, tunggu sejuk baru potong. Siap. Cara membuat bingka ubi kayu mudah je kan, selamat mencuba.
> Resepi Talam Ubi Kayu Kuning Sukatan Cawan
0 Comments