Resepi Lepat Labu Kuning Sukatan Cawan Tepung Beras.  Lama dah teringin nak buat lepat labu lemak manis sebab lama dah tak makan. Teringat masa zaman budak- budak dulu, mak suka sangat buat lepat labu inti gula merah sampai kekadang kami adik beradik berebut kerana tak cukup. Al maklumlah ayah kami seorang petani. Kalau ada lebihan labu di kebun, ayah akan bawa balik ke rumah. Tanpa buat apa-apa dan membazir macam tu je, baiklah dijadikan kuih untuk keluarga kami alas perut. Lepat labu kuning paling sedap yang pernah saya makan dalam dunia adalah lepat labu air tangan mak saya. Sesiapa teringin juga nak makan kue lepat labu kuning macam saya boleh ambil resepi lepat labu kuning mudah dan sedap berikut :

Resepi Lepat Labu Kuning
Lepat Labu Resepi


Resepi Lepat Labu Tepung Beras Lemak Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi lepat labu kuning sedap :
  1. Setengah biji labu bersaiz sederhana ( rebus dan lenyek )
  2. Dua cawan tepung gandum
  3. Satu cawan tepung beras
  4. Satu cawan santan
  5. Setengah cawan air
  6. Setengah cawan gula
  7. Secubit garam


Bahan inti :

  1. Gula merah ( potong dadu )


Atau 


Cara Buat Lepat Labu Kuning

Cara Buat Kuih Lepat Labu Kuning :

  1. Gaul lsemua sampai sebati .
  2. Jika pekat sangat sila tambah santan atau air.
  3. Bubuh inti gula merah dekat tengah.
  4. Kemudian, bungkus kemas dalam daun pisang

Step akhir, panaskan pengukus sampai air betul-betul panas dan kukus selama setengah jam atau sampai masak bergantung kepada alat kukusan masing-masing. Siap untuk dijamu. Cara membuat kuih lepat labu kuning mudah je kan, selamat mencuba.

> Resepi Lepat Cendol Sukatan Cawan Mudah Sedap