Resepi Sizzling Yee Mee Sedap Mudah Simple Ringkas.  Malam tadi, anak dara saya minta ibu dia sediakan Mee Sizzling. Katanya resepi mee sizzling paling sedap adalah dari air tangan ibu sambil tunjuk tanda best. Alang alang bahan untuk resepi mee sizlzing semua cukup, saya on sahaja. Resepi sizzling mee sedap dan mudah ada saya kongsikan dibawah ye : 

Sizzling Yee Mee Resepi Mudah
Sizzling Mee Resepi


Resepi Sizzling Yee Mee Simple Mudah Sedap Cepat

Bahan untuk Resepi Sizzling Yee Mee mudah :

  1. Tiga sudu besar minyak masak
  2. Satu inci halia ( potong )
  3. Lapan ulas bawang putih
  4. Enam ketul ayam ( potong kecil-kecil )
  5. Lapan tangkai cili kering  ( potong kasar )
  6. Sepuluh biji mushrooms kering ( potong kasar dan rendam dalam air panas selama tiga puluh minit )
  7. Empat sudu besar tepung jagung, larutkan dalam air
  8. Sos tiram
  9. Kicap pekat
  10. Kicak lemak manis
  11. Satu sudu kecil minyak bijan
  12. Yee mee
  13. Sayur sawi 
  14. Telur
  15. Hot plate ( saya pakai pemangang sahaja, almaklumlah kita tiada hot plate )


Cara Buat  Sizzling Yeemee

Cara membuat Mee Sizzling Tanpa Hotplate:

  1. Masukn tiga sudu besar mnyak masak
  2. Kemudian masukkan halia serta bawang putih, guna api perlahan dan kacau sampai kekuningan.
  3. Masukkan cili kiring dan kacau. 
  4. Bila cili sudah garing, masukkan ayam 
  5. Masukkan satu mug air, 
  6. Masukkan garam sikit
  7. Biarkan mendidih lebih kurang dalam lima minit
  8. Masukkan pula cendawan.
  9. Masukkan semua jenis kicap yang dinyatakan diatas bersama tiga mug air 
  10. Reneh sekejap
  11. Bila ayam dah empuk dan kuah sudah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung. Masa ni, buka api besar tahap maksimum dan kacau sampai kuah tak berketul dan menjadi pekat.
  12. Selepas itu, sediakan hot plate atau pemanggang ajaib pada dapur sebelah
  13. Letak yee mee, sayur dan telur.
  14. Buka api besar tahap maksimum
  15. Tuang kuah yee me yang kita buat tadi.
  16. Biarkan seketika dan siap.
Step akhir, hidangkan atas meja dan makan ketika masih panas. Cara buat Sizzling Yee Mee mudah je kan, selamat mencuba semua.