Resepi Air Soda Herbs Asam Boi Detox Untuk Kempiskan Perut. Tumpang lalu, tumpang lalu ye tuan tuan dan puan puan sekalian. Moh kita semua basah kan tekak di hari yang terik dengan air soda asam boi. Hilangkan rasa dahaga disamping menjadi minuman detok yang penuh khasiat, kebaikan dan kelebihan untuk kesihatan kita. Saya selitkan resepi air soda herbs sedap dan mudah untuk rujukan semua. Harap bermanfaat ya.

Resepi Air Soda Herbs
Air Soda Herbs

Resepi Air Soda Asam Boi Laici Pudina Lemon Gembira

Bahan untuk resepi air soda laici :

  1. Air Batu
  2. Satu botol air soda
  3. Satu tin laici ( ambil isinya sahaja, untuk elak hilang rasa air soda )
  4. Dua batang serai
  5. satu biji lemon
  6. Daun pudina
  7. Asam Boi
  8. Nak letak buah-buahan atau herba lain pun boleh
Cara Buat Air Soda Herb

Cara Buat Air Soda Lemon :

  1. Basuh semua bahan sampai bersih
  2. Campurkan semua bahan
  3. Kacau sampai sebati

Step akhir, tuang ke dalam gelas dan rasai kesegaran dan kenikmatannya. Cara membuat air soda herbs mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam.