Resepi Cheesecake Jepun Mudah Gebu Guna 3 Bahan Simple

Resepi Cheesecake Jepun Mudah Gebu Guna 3 Bahan Simple. Baru siap buat japanese cheesecake yang mudah dan gebu. Ada sesiapa suka tak ? Saya dan ahli rumah suka sangat makan kek jepun ni. Cara buat cheesecake 3 bahan ni pun mudah je. Saya selitkan cheesecake resepi :

Cheese Cake Resepi
Cheesecake Resepi

Resepi Cheese Cake Gebu Simple Lembut Ringkas Viral

Bahan untuk cheesecake recipe :

  1. 120 gram cream cheese
  2. Tiga biji telur ayam gred B ( asingkan putih telur dengan kuning telur )
  3. Satu cawan atau 120 gram susu pekat

Cara Buat Cheese Cake Mudah

Cara Buat Cheese Cake Jepun :


  1. Pukul cream cheese bersama susu pekat hingga berkrim dan tidak berketul
  2. Asingkan telur putih dan pukul sampai jadi meringue
  3. Masukkan kuning telur dalam adunan cream cheese dan susu pekat tadi dan pukul lagi sampai sebati.
  4. Campurkan putih telur yang telah siap dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese, susu pekat serta telur kuning
  5. Kaup balik sampai sebati
  6. Griskan atau alas loyang dengan baking paper
  7. Tuang adunan.


Step akhir, panaskan oven dulu. Kemudian, bakar secara water bath ( air panas bawah loyang ) pada suhu 160 selama lima belas minit pertama dan turunkan kepada suhu 150 selama empat puluh lima minit. Siap. Cara buat cheese cake simple je kan, selamat mencuba semua. Salam.

No comments:

Post a Comment

×