Resepi Cookies Bar Viral 2 Bahan Mudah Sedap Rangup Crispy Tanpa Bakar. Tadi tetiba je rasa nak makan biskut viral iaitu biskut coklat rangup atau dalam bahasa orang putihnya cookies bar. Biasa saya akan buat bila menjelang hari raya sahaja sebab banyak mendapat sambutan dari tetamu. Cara buat cookies coklat simple sangat. Jom saya kongsikan resepi biskut coklat viral 2 bahan :

Resepi Biskut Coklat Mudah
Biskut Coklat Viral


Resepi Biskut Coklat Mudah Simple Senang Ringkas Guna 2 Bahan

Bahan untuk resepi cookies bar mudah :


  1. Kuaci ( nak guna kekacang lain macam badam dan yang sewaktu dengannya pun boleh )
  2. Coklat masakan

  • Sukatan kedua dua bahan anggar sendiri ye.
  • Sangai kuaci sekejap. Biarkan sejuk.
  • Cairkan coklat masakan


Cara Buat Cookies Rangup

Cara buat cookies coklat mudah :


  1. Gaulkan kuaci bersama coklat masakan yang sudah kita cairkan tadi.
  2. Lapik loyang guna plastik
  3. Tuang adunan tersebut ke dalam loyang
  4. Ratakan.


Step akhir, masukkan ke dalam peti ais sampai keras. Tak lama pun, biasa saya buat lebih kurang dalam dua hingga tiga minit dah keras. Kemudian, potong guna hujung pisau. Nak patahkan camtu je pun boleh je.Dah siap, simpan dalam bekas kedap udara.

> Resepi Kek Oreo Viral 2 Bahan Kukus Mudah Sedap Moist