Resepi Kek Buah Bakar Sukatan Cawan Mudah Simple Moist Guna 3 Bahan. Satu lagi resepi kek  3 bahan yang paling mudah, paling sedap dan yang paling penting tanpa telur serta tanpa butter. Saya kongsikan resepi kek buah viral 3 bahan dibawah :

Kek Buah Viral 3 Bahan
Kek Buah Bakar Sukatan Cawan


Resepi Kek Buah 3 Bahan Viral Mudah Sedap Ringkas

Bahan untuk resepi kek buah bakar mudah sukatan cawan :

  1. 500 gram dried mix fruit
  2. Satu cawan jus oren (saya guna air botol jus oren jenama minute maid )
  3. Satu cawan tepung naik sendiri


Cara Buat Kek Buah Sukatan Cawan

Cara Buat Kek Buah Bakar Sukatan Cawan :


  1. Masukkan dried fruit ke dalam satu bekas. 
  2. Selepas itu, masukkan air jus oren. 
  3. Biarkan selama dua jam.
  4. Kemudian masukkan tepung naik sendiri. 
  5. Gaul sebati. 
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang ( saya guna loyang 6x6 )

Step akhir, bakar pada suhu 130 guna api atas bawah selama dua jam. Siap. Cara buat kek buah 3 bahan mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam.