Resepi Kek Lumut Sukatan Cawan Kukus Mudah Gebu. Anak-anak dah masuk tidur semua, mak dia pulak terus lari masuk dapur untuk marathon buat kek lumut sarawak kukus yang mudah, sedap moist, lembut dan gebu. Duk pulun siapkan tempahan kawan-kawan. Ada yang suka tak ? Resepi kek lumut sarawak kukus ada saya selitkan :

Resepi Kek Lumut Sukatan Cawan
Kek Lumut Sarawak Kukus


Resepi Kek Lumut Kukus Sukatan Cawan Sedap Simple

Bahan untuk resepi kek lumut sarawak sukatan cawan :

  1. Satu cawan majerin
  2. Lima biji telur gred A
  3. Setengah cawan gula
  4. Satu cawan susu pekat manis
  5. Satu cawan horlick
  6. Tiga sudu makan kaya original
  7. Esen vanilla
  8. Pewarna hijau
  9. Satu cawan biskut marie (blend sampai hancur dan ayak)

Cara Buat Kek Lumut Kukus

Cara Buat Kek Lumut Sarawak :

  1. Pukul gula dan majerin sampai kembang. 
  2. Masukkan telur satu demi satu dan pukul hingga sebati. 
  3. Masukan biskut marie, susu pekat manis,kaya,horlick, esen vanilla serta pewarna hijau.
  4. Kacau sampai sebati(saya guna senduk sahaja)
  5. Griskan loyang atau acuan guna minyak
  6. Tuang adunan kek lumut ke dalamnya.


Step akhir, panaskan pengukus dan kukus selama dua jam atau sampai masak bergantung kepada alat pengukus masing-masing. Siap... Panaskan pengukus terlebih dahulu.

> Resepi Kek Oreo 2 Bahan Viral Kukus Moist