Resepi Kek Red Velvet Moist Bakar Sukatan Cawan Mudah Sedap Simple Gebu

Resepi Kek Red Velvet Moist Bakar Sukatan Cawan Mudah Sedap Simple Gebu. Resepi dua dalam satu, nak buat kek boleh, nak buat cupcake pun boleh. Juadah untuk minum petang kami sekeluarga hari ini, kek red velvet cheese meleleh. Jom sesapa yang nak cuba buat boleh ambil resepi kek red velvet mudah sukatan cawan berikut :

Kek Red Velvet Moist
Kek Red Velvet Mudah


Resepi Kek Red Velvet Moist Sedap Mudah Simple Ringkas Cupcake

Bahan untuk resepi kek red velvet moist sukatan cawan :

Bahan A : Ayak

  1. Dua setengah cawan tepung gandum
  2. Satu setengah cawan gula kastor
  3. Satu sudu kecil baking soda
  4. Satu sudu kecil garam halus
  5. Satu sudu kecil serbuk koko



  • Ayak semua bahan diatas


Bahan B


  1. Satu setengah cawan minyak jagung
  2. Satu cawan buttermilk
  3. Dua biji telur
  4. Dua sudu besar pewarna merah
  5. Satu sudu kecil cuka
  6. Satu sudu kecil esen vanilla



  • Campurkan semua dan kacau hingga sebati. Saya guna whisk.



Cara Buat Kek Red Velvet


  1. Masukkan bahan ayak ke dalam bahan B secara sedikit demi sedikit
  2. Kacau hingga semua bahan bercampur tapi jangan terlebih kacau tau.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang yang dah di griskan dengan minyak atau majerin.
  4. Atau bagi yang nak buat cupcake red velvet, tuang ke dalam acuan cupcake.



Step akhir, panaskan oven dan bakar pada suhu 180 selama dua puluh minit atau sampai masak bergantung kepada kapasiti oven masing-masing. Siap.

No comments:

Post a Comment

×