Resepi Kek Span Strawberry Mudah Sedap Lembut Gebu Simple Sukatan Cawan

Resepi Kek Span Strawberry Mudah Sedap Lembut Gebu Simple Sukatan Cawan. Apabila sudah muak dengan kek span pandan, sekali sekala kita tukar jadi strawberry sponge cake. Alhamdulillah menjadi dengan jayanya. Gebu gebas sangat kejadiannya walaupun saya hanya guna blender sebab mixer rosak. Saya selitkan resepi kek span strawberry gebu sukatan cawan :

Cara Buat Kek Span Strawberry
Kek Span Strawberry Sukatan Cawan


Resepi Kek Span Strawberry Sukatan Cawan Mudah Sedap Gebu

Bahan untuk resepi kek span strawberry simple :

Bahan A : Ayak


  1. Satu, tiga per empat cawan tepung gandum
  2. Satu sudu teh baking powder



  • Ayakkan bahan diatas.


Bahan B


  1. Lima biji telur gred A
  2. Satu cawan gula pasir
  3. Satu sudu makan ovelet (penuh membukit ye)
  4. Satu sudu makan perisa strawberry
  5. Satu sudu makan esenvanila
  6. Pewarna pink secukupnya.
  7. Tiga sudu makan minyak masak


Cara Buat Kek Span Strawberry

Cara buat kek span strawberry mudah ;

  1. Blend telur gula dan ovelet sampai gebu ( biar jadi warna putih ye, saya blend sekejap je dah putih).
  2. Kemudian, masuk esen vanila, pewarna serta perisa stroberi  Sambung blend sekejap. 
  3. Dah siap, tuang ke dalam bekas yang berisi tepung yang kita ayak tadi
  4. Kacau rata dan sebati.
  5. Masukkan minyak dan kacau lagi bagi sebati. 


Step akhir, masukkan adunan ke dalam loyang.yang telah di gris dengan majerin atau minyak dan bakar pada suhu 180 guna api atas bawah selama empat puluh lima minit. Setel. Cara membuat kek span strawberry mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam..

No comments:

Post a Comment

×