Resepi Kuih Koleh Kacang Sukatan Cawan Mudah Sedap Simple.Salam dan good morning. Dari sehari ke sehari nak buat koleh kacang tapi asyik tangguh je. Pagi tadi ada juga kesempatan untuk buat kue kole kacang sebab dah lama tak makan dan teringin sangat nak makan. Syukur, menjadi dengan jaynya. Siapa suka kuih koleh kacang terengganu nie, sila angkat tangan. Saya sertakan sekali resepi koleh kacang mudah :

Koleh Kacang Sedap
Kuih Koleh Kacang Terengganu


Resepi Koleh Kacang Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi kuih koleh kacang simple :

Bahan A

  1. Satu cawan gula merah
  2. Satu cawan air
  3. Dua sudu besar gula halus
  4. Satu helai daun pandan


  • Masak bahan diatas sampai gula larut. Sejukkan dan tapis. ( jangan sampai air gula pekat tau )


Bahan B

  1. Satu cawan tepung kacang hijau
  2. Satu sudu kecil garam
  3. Dua cawan santan
  4. Setengah cawan air


  • Campurkan semua bahan diatas.
  • Kacau sampai rata dan sebati
  • Tapis

Bahan C : Tahi Minyak


  • minyaknya jangan buang sebab nanti nak guna.


Cara Buat Koleh Kacang

Cara Buat Kuih Koleh Kacang :

  1. Satukan bahan A dengan bahan B dan kacau atas api sederhana.
  2. Tuangkan dua sudu minyak tahi minyak agar berkilat.
  3. Sentiasa kacau supaya adunan tak melekat pada kuali sampai masak.
  4. Kemudian, tuang ke dalam loyang yang telah di gris dengan minyak.

Step akhir, tabur tahi minyak ketika adunan masih dalam keadaan panas. Tunggu sejuk sikit baru potong. Cara membuat kuih koleh kacang mudah je kan, selamat mencuba semua.