Resepi Kuih Pasung Sabah Asli Original Tradisional Sedap Mudah Simple. Musim hujan macam ni, rasa lapar jadi tak menentu. Boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja. Maka terhasillah kuih pasung kukus yang mudah dan sedap.  Ada sesiapa suka tak makan kuih pasung ? Saya selitkan sekali resepi kuih pasung sabah kukus dalam dua puluh hingga dua puluh lima biji : 

Resepi Kuih Pasung Sabah
Kuih Pasung Sabah


Resepi Kuih Pasung Sabah Original Tradisional Asli Mudah Ringkas Sedap

Bahan untuk resepi kuih pasung mudah :


  1. Setengah bungkus tepung beras ( dalam 250 gram )
  2. Dua hingga tiga senduk gula (saya guna senduk nasi dan kalau nak kurangkan gula pun boleh je )
  3. Santan dan pandan secukupnya
  4. Garam Sikit


Cara Buat Kuih Pasung Sabah

Cara buat kuih pasung mudah :


  1. Campurkan semua bahan ke dalam bekas.
  2. Kacau sampai rata dan sebati.
  3. Kemudian, panaskan atas api hingga sedikit pekat ( jangan sampai mendidih dan pekat sangat tau )
  4. Isi adunan kuih pasung ke dalam daun pisang yang telah di gulung macam aiskrim.


Step akhir, kukus selama empat hingga lima minit atau sampai masak. Siap untuk dihindangkan. Cara membuat kuih pasung mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam.