Resepi Kuih Seri Muka Durian Sukatan Cawan Simple Mudah Dan Sedap. Kuih seri muka tanpa telur perisa durian in da house. Anak bongsu saya mesti suka kalau dapat tau ibu dia buat kuih seri muka durian sebab dia sangat suka makan apa-apa makanan yang ada durian. Ada kawan-kawan yang suka tak ? Jom saya kongsikan resepi seri muka durian mudah sukatan cawan :
Kuih Seri Muka Tanpa Telur |
Resepi Kuih Seri Muka Durian Mudah Tanpa Telur
Bahan A : Bahan Lapisan Bawah
- Tiga cawan beras pulut
- Dua cawan santan pekat ( saya guna santan kotak je )
- Satu sudu kecil garam
Cara Buat Kuih Seri Muka Durian
Cara membuat kuih seri muka durian ;
Cara membuat kuih seri muka durian ;
- Cuci beras pulut dan rendamkan selama sejam.
- Toskan beras pulut sampai kering air
- Lapik plastik dalam loyang
- Masukkan semua bahan ke dalam loyang dan gaul sampai sebati
- Kukus separuh masak (pulut kembang) dalam tempoh masa lebih kurang lima belas minit
- Setelah masak, angkat dan tekan hingga padat. Ketepikan.
Bahan B : Bahan Lapisan Atas
- Tiga cawan santan pekat
- Satu cawan gula pasir ( nak kurangkan pun boleh )
- Satu cawan isi durian ( nak letak lebih pun boleh )
- Satu cawan tepung gandum
- Dua sudu besar tepung jagung
- Setengah sudu kecil garam
- Pewarna
Cara Buat Kuih Seri Muka Sukatan Cawan
Cara buat kuih seri muka yang sedap :
Step akhir, kukus guna api sederhana selama empat puluh lima minit. Jangan lupa tutup tudung periuk dengan kain agar wap air tak jatuh atas permukaan kuih serimuka durian. Dah nasak, tunggu sejuk baru potong pakai pisau plastik untuk mendapat potongan yang menarik.
Cara buat kuih seri muka yang sedap :
- Blend semua bahan B ( lapisan atas )
- Tuang adunan tersebut atas pulut yang kita kukus separuh masak tadi.
Step akhir, kukus guna api sederhana selama empat puluh lima minit. Jangan lupa tutup tudung periuk dengan kain agar wap air tak jatuh atas permukaan kuih serimuka durian. Dah nasak, tunggu sejuk baru potong pakai pisau plastik untuk mendapat potongan yang menarik.
0 Comments