Resepi Pancake Mudah Dan Gebu Sukatan Cawan Simple Sedap

Resepi Pancake Mudah Dan Gebu Sukatan Cawan Simple Sedap. Musim hujan ni, buat pancake untuk anak-anak tanpa sedar sekejap je habis licin. Ada sesapa suka tak ? Jom saya kongsikan resepi pancake sukatan cawan :

Pancake Mudah Dan Gebu
Pancake Mudah Dan Sedap


Resepi Pancake Simple Gebu Lembut Ringkas Sukatan Cawan
Bahan untuk resepi pancake gebu :
  1. Satu cawan tepung gandum
  2. Satu sudu kecik baking powder
  3. Satu biji telur
  4. Satu sudu kecik esen vanilla
  5. Dua sudu besar minyak sayuran atau jagung
  6. Satu cawan susu cair atau fresh milk
  7. Dua sudu besar gula
  8. Garam sikit


Cara Buat Pancake Simple

Cara Membuat Pancake Malaysia :

  1. Campur semua diatas dan blender hingga adunan tidak berketul.
  2. Panaskan non stick pan. 
  3. Kemudian, cedok pakai senduk untuk bagi bulat.
  4. Dah keluar gelembung udara, terbalikkan.
Siap. Dah boleh kasi anak makan. Cara buat pancake mudah je kan, selamat mencuba semua. Semoga bermanfaat. Salam.

No comments:

Post a Comment

×