Resepi Pencuk Nangka Perak Asli Original Tradisional Sedap

Resepi Pencuk Nangka Perak Asli Original Tradisional Sedap. Pencuk Nangka makanan tradisional orang Perak. Biasa jumpa waktu kenduri kawin. Itu pun cepat benor habisnya. Sesiapa lambat menitik ayor mata. Buat sendiri pencuk nangka utara ni puas makan. Sesiapa yang belum rasa atau mengidam nak makan pencuk nangka, saya ada selitkan resepi pencuk nangka tradisional dibawah :

Resepi Pencuk Nangka
Pencuk Nangka Utara


Resepi Pencuk Nangka Perak Original Asli Tradisional

Bahan untuk resepi pencuk nangka sedap :

Bahan A


  1. Nangka Muda
  2. Garam sikit



  • Potong kecil-kecil
  • Masukkan sedikit garam
  • Rebus hingga lembut
  • Toskan


Bahan B : Tumbuk atau Blend


  1. Cili padi
  2. Cili merah
  3. Bawang merah
  4. Belacan
  5. Serai
  6. Garam

  • Tumbuk semua bahan diatas. Nak lumat ke kasar ikut suka.

Bahan C

  1. Kerisik
  2. Asam jawa atau limau nipis
  3. Gula dan garam sesedap rasa.


Cara Buat Pencuk Nangka

Cara membuat pencuk nangka :


  1. Gaul nangka muda yang telah siap direbus dengan bahan yang kita tumbuk atau blend tadi sampai rata.
  2. Perah limau nipis
  3. Tambah garam dan gula secukup rasa.


Siap untuk dimakan. Cara buat pencuk nangka mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam.

No comments:

Post a Comment

×