Resepi Puding Roti Marble Pelangi Sukatan Cawan Mudah Sedap Simple. Siap sudah makanan untuk petang nanti iaitu puding roti pelangi tanpa kukus yang mudah sedap, lembut dan gebu. Ada peminat puding roti pelangi tak ? Jom saya kongsikan resepi puding roti pelangi sukatan cawan :

Puding Roti Marble Sukatan Cawan
Puding Roti Marble


Resepi Puding Roti Marble Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi puding roti pelangi sedap :

Bahan A


  1. Satu paket agar-agar ( masak dengan lima cwan air sampai larut )


Bahan B : Blender



  1. Dua bji telur
  2. Enam keping roti gardenia
  3. Satu tin susu cair
  4. Enam sudu besar susu pekat
  5. Lima sudu besar gula
  6. Satu sudu teh esen vanila


Cara Buat Puding Roti Pelangi

Cara Buat Puding Roti Simple ;


  1. Blend semua bahan B sampai halus.
  2. Masukkan agar-agar yang telah kita larutkan sebentar tadi.
  3. Kacau sampai sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian
  5. Titik pewarna kegemaran untuk setiap bahagian.
  6. Tuang adunan ke dalam acuan atau loyang secara selang seli. ( kena cepat sebab adunan cepat beku )


Step akhir, simpan dalam peti ais sebelum potong. Siap. Cara membuat puding roti pelangi mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam.