Resepi Rendang Ikan Tongkol Sedap Mudah Simple Best Ringkas Terbaik

Resepi Rendang Ikan Tongkol Sedap Mudah Simple Ringkas Best Terbaik. Makanan kegemaran kami sekeluarga. Jika beli ikan kayu atau  turut dikenali sebagai ikan tongkol pada sesetengah masyarakat, mesti saya buat rendang pedas  ikan tongkol. Sesiapa yang nak cuba, boleh ambil resepi rendang ikan tongkol mudah dekat bawah :

Resepi Rendang Ikan Tongkol Sedap
Rendang Ikan Tongkol Sedap


Resepi Rendang Ikan Tongkol Mudah Sedap Paling Sedap

Bahan untuk resepi rendang pedas ikan tongkol :
  1. Seekor Ikan Tongkol (anggaran dalam 600 gram)
  2. Empat ulas bawang kecil - hiris nipis
  3. Dua batang serai besar (hiris dan tumbuk)
  4. Lapan biji cili kering + lima biji cilipadi merah - blend
  5. Sehelai daun kunyit saiz besar - hiris mayang
  6. Tiga  keping asam keping
  7. 250 ml santan
  8. Satu sudu kecil gula
  9. Setengah sudu kecil serbuk kunyit
  10. Garam secukup rasa


Cara Buat Rendang Ikan Tongkol

Cara membuat rendang ikan tongkol ;


  1. Masukkan semua bahan di atas dalam kuali dan masak atas api sederhana
  2. Ikan tidak perlu di goreng atau rebus, masukkan je mentah-mentah sama seperti kita masak rendang ayam atau daging, cuma rendang ikan lebih cepat dan mudah.
Dah siap hidangkan atas meja dan pekena dengan nasi putih panas. Cara buat rendang ikan kayu mudah je kan, selamat mencuba semua. Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment

×