Resepi Kek Milo Kukus Sukatan Cawan Gebu Lembut Mudah Simple Sedap

Resepi Kek Milo Kukus Sukatan Cawan Gebu Lembut Moist Mudah Simple Sedap. Lama tak makan dan tak buat kek milo gebu ni. Cara membuat kek milo simple je cuma apabila kemalasan menguasai diri apa pun tak boleh jalan. Ada yang suka tak ? Jom saya kongsikan resepi kek milo kukus sukatan cawan yang mudah sedap dan gebu :

Kek Milo Kukus Viral
Kek Milo Kukus Sukatan Cawan


Resepi Kek Milo Kukus Sukatan Cawan Mudah Sedap Lembut Gebu

Bahan untuk resepi kek milo kukus viral ;

Bahan A


  1. Satu cawan milo
  2. Satu cawan gula pasir
  3. Satu cawan susu pekat
  4. Satu cawan minyak
  5. Satu cawan air panas

  • Campurkan semua bahan diatas
  • Kacau rata sampai tiada bentelan milo 
  • Kemudian masak sekejap atas dapur, kacau sampai sebati.(jangan sampai mendidih ye )


Bahan B


  1. Tiga biji telur gred A

  • Pukul telur sampai kembang.


Bahan C


  1. Dua cawan tepung gandum
  2. Satu camt baking powder
  3. Satu camt soda bikarbonat


  • Ayak bersama

Cara Buat Kek Milo Kukus Simple

Cara Buat Kek Milo Kukus Mudah :


  1. Masukkan bahan B serta bahan C ke dalam bahan A. 
  2. Kacau sampai sebati.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah digris dengan majerin atau minyak ( saya guna loyang saiz 8x8 )

Step akhir, kukus selama empat puluh lima minit atau sampai masak bergantung kepada kapasiti alat pengukus masing-masing. Siap.

No comments:

Post a Comment

×