Resepi Kek Gula Hangus Noxxa Sukatan Cawan Tanpa Perap Mudah Dan Sedap. Kek sarang semut periuk noxxa hanya steam dua puluh minit berbanding kek sarang semut bakar guna oven ambil masa  selama satu jam untuk siap. Saya buat lebih sikit tadi untuk ole-ole adik beradik bawa balik ke rumah masing-masing memandangkan cuti sekolah hampir tamat untuk tahun ini. Sesiapa yang nak cuba boleh rujuk resepi kek sarang semut guna periuk noxxa dekat bawah ye :

Resipi Kek Sarang Semut Noxxa
Resepi Kek Sarang Semut Noxxa


Resepi Kek Sarang Semut Periuk Noxxa Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi kek sarang semut noxxa simple :

Kek Sarang Semut Noxxa Resepi
Kek Sarang Semut Noxxa Sukatan Cawan


Bahan A : Karamel

  1. Satu cawan gula kasar
  2. Satu cawan air panas
  3. Lima sudu marjerin


  • Masak pakai api perlahan, hanguskan gula sampai keperang-perangan ( bukan hangit tau ). 
  • Masukkan air panas secara sedikit demi sedikit (hati bimbang merecik), 
  • Larutkan gula sampai cair. 
  • Kemudian, masukkan marjerin. 
  • Ketepikan seketika.


Bahan B : Ayak


  1. Satu cawan tepung gandum
  2. Dua sudu teh soda bikarbonat

  • Ayak bahan B dan ketepikan sekejap

Bahan C

  1. Empat biji telur
  2. Satu sudu teh esen vanilla
  3. Setengah cawan susu pekat
Kek Gula Hangus Noxxa Sukatan Cawan
Resepi Kek Gula Hangus Noxxa Sukatan Cawan



Cara Buat Kek Sarang Semut Noxxa

Cara membuat kek sarang semut noxxa :

  1. Pukul telur sampai kembang ( Nak guna mixer boleh, nak guna blender pun boleh).Saya pakai blend.
  2. Masukkan susu pekat serta aisen vanilla,
  3. Masukkan bahan B ( bahan ayak tadi )
  4. Masukkan Bahan A ( karamel )
  5. Blend sekejap atau nak kacau guna senduk kayu pun boleh ye.
  6. Dah siap, tuang ke dalam bekas yang telah digris dengan majerin
  7. Perap selama satu hingga dua jam. 

Kek Gula Hangus Tanpa Perap Periuk Noxxa
Kek Sarang Semut Tanpa Perap Periuk Noxxa


Step akhir, steam guna periuk noxxa selama dua puluh minit. Setel. Cara buat kek sarang semut noxxa mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam.