Resepi Putu Bambu Sukatan Cawan Mudah Sedap Simple Lembut Tanpa Acuan. Memandangkan bambu tiada, jadi kita guna acuan lompang sahaja lah. Bahan bahan untuk buat putu bambu pun mudah je. Jom saya kongsikan resepi putu bambu mudah dan sedap :

Resepi Putu Bambu
Putu Bambu Resepi


Resepi Putu Bambu Sedap Mudah Sukatan Cawan Lembut Gebu

Bahan untuk resepi putu bambu tanpa acuan :

  1. Setengah cawan kelapa parut
  2. Satu cawan tepung beras
  3. Air
  4. Garam
  5. Gula melaka

Cara Buat Putu Bambu

Cara membuat putu bambu :

  1. Sangai tepung beras tanpa minyak tapi jangan sampai hangit ye. Sejukkan seketika.
  2. Tumbuk atau parutkan gula melaka  hingga hancur.
  3. Masak air bersama daun pandan dalam periuk sampai air berbau wangi.
  4. Ambil tepung yang telah kita sangai dan biarkan sejuk tadi dan gaulkan dengan kelapa parut hingga rata.
  5. Masukkan sedikit garam. Gaul lagi sampai rata.
  6. Ambil air  panas yang kita masak dengan daun pandan tadi dan renjis-renjiskan ke dalam tepung. Gaul hingga jadi seperti serbuk roti.
  7. Sediakan acuan lompang yang telah di sapu dengan minyak masak. 
  8. Masukkan sedikit adunan tepung ke dalam acuan. Tekan sikit untuk padatkan adunan.
  9. Bubuh intinya iaitu gula melaka yang telah kita hancurkan tadi.
  10. Kembali letak adunan tepung untuk tutup inti putu bambu. Tekan untuk kita padatkan adunan.

Step akhir, kukus putu bambu selama tiga hingga empat minit. Terbalikkan acuan dan kukus lagi selama duga hingga tiga minit. Jangan risau untuk terbalikkan kerana kuih putu bambu takkan jatuh kerana masa kita isi adunan tadi kita sudah padatkan atau mampatkannya. Sekarang, boleh angkat serta keluarkan putu bambu dari acuan untuk dinikmati. Cara buat putu bambu mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam.