Cara Halau Serangga Perosak Tanaman Guna Nescafe Dan Yakult Thailand Style. Cara orang thai halau serangga perosak tanaman menggunakan bancuhan nescafe dan yakult. Kos yang sangat rendah dan mampu memberi pulangan yang baik kepada petani dan bidang pertanian. Selain bertindak sebagai pembasmi serangga perosak tanaman, ianya turut membantu menyegarkan tanaman dan membuatkan tanaman terasa manis. Jom ikuti perkongsian mengenai petua halau serangga perosak tanaman berikut :


Cara Menghalau Serangga Perosak Tanaman
Cara Halau Serangga Perosak Tanaman


Cara Menghalau Serangga Perosak Tanaman Guna Nescafe Dan Yakult

Bahan untuk buat bancuhan penghalau serangga guna nescafe dan yakult :


  1. Dua sudu teh Nescafe (kerana kuat kafeinnya)
  2. Satu botol kecil Yakult.
  3. Satu per empat  ( 1/4)  cawan air panas.


Cara Buat Penghalau Serangga Perosak Tanaman

Cara Membuat Penghalau Serangga Perosak Tanaman :


  1. Larutkan nescafe dalam air panas.
  2. Biarkan sejuk seketika.
  3. Bila dah sejuk, masukkan yakult
  4. Kacau sebati.


Nisbah bancuhan diatas hendaklah dicampurkan dengan 20 liter air dalam tangki penyemburan ( Pastikan tangki penyemburan sudah dibasuh bersih dengan menggunakan sabun jika telah digunakan).

Nota:


  1. Bancuhan hendaklah disembur selepas 4 petang bagi pertumbuhan mikroorganisma.
  2. Masa penyemburan adalah 2 kali, iaitu 10 hari setelah penanaman sayur-sayuran di atas batas atau dalam polibag dilakukan dan sekali lagi setelah 25 hari penanaman, jumlah 25 hari ini sayur sudah boleh dituai. (siram pada hari yang ke-10 dan hari yang ke-25 selepas penanaman).



Semoga memberi sedikit manfaat dan selamat mencuba. Salam.